Perniagaan Haji dan Dokumentasi Sultan Kedah
 

Monograph 48
Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah
By Siti Amirah Abdullah, Mohd Kasturi Nor Abdul Aziz and Abu Talib Ahmad
305pp. Size: 140x215mm. Softcover.
2015

Pulau Pinang pernah menjadi jajahan takluk Kedah sehinggan 1786 apabila pulau ini diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Menjelang 1804 Seberang Perai turut menjadi sebahagian dari negeri Pulau Pinang. Namun hubungan akrab antara kedua-dua negeri terus terjalin dengan Kedah menerima pelaburan dari Pulau Pinang sementara dari segi sosial pengaruh Kedah dapat dilihat melalui dialek Melayu Pulau Pinang. Hubungan ini juga dapat dilihat melalui perniagaan haji di Pulau Pinang yang turut menjangkau ke Kedah sementara Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid yang memerintah Kedah antara 1882-1943, turut menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan hubungan Kedah-Pulau Pinang.

Buku ini membicarakan perniagaan haji di Pulau Pinang sejak abad ke-19 hingga 1970-an yang berpusat di Lebuh Acheh, George Town. Kajian yang bersifat makro ini memberi tumpuan kepada penglibatan orang Melayu-Muslim dalam bidang ini selain kesan perniagaan haji kepada pelbagai sektor ekonomi di kawasan Lebuh Acheh termasuk perniagaan buku/kitab, percetakan dan juga kesannya kepada peniaga-peniaga bukan Melayu. Sementara Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid pula menyentuh pelbagai aspek sosio-ekonomi Kedah termasuk urusan belanjawan negeri Kedah, kegiatan ekonomi termasuk dari pelabur-pelabur Cina dari Pulau Pinang dan hubungan sosio-ekonomi Kedah dengan Siam dan Inggeris.

Kumpulan esei-esei ini diterbitkan bawah Tabung Peringatan Tan Sri Mubin Sheppard


Contents:

Pengenalan
Abu Talib Ahmad

  • I. Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah
    Abu Talib bin Ahmad

  • II. Sejarah Perniagaan Haji di George Town, 1860-an - 1970-an
    Siti Amirah binti Abdullah

  • III. Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Sebagai Dokumen Sejarah Sosioekonomi Negeri Kedah (1881-1943)
    Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz

  • IV. Indeks



 
 
 
 
 
COPYRIGHT © 2010 Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society